Saturday, December 5, 2009

SEMOGA PERSHABATAN KEKAL ABADI


ALHAMDULILLAH
talian persahabatan yang terjalin pada tahun 1997 masih lagi berkekalan sehingga saat ini....segala puji hanya bagi MU TUHAN ku atas nikmat persahabatan ini.....

Sebuah Pertemuan (UNIC)

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan
Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku Diuji dengan dugaan…
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala
Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan
Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina
Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan
Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi
Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan


sumber: http://www.hijjaz.com.my

BERCUTI DI KAMPUNG




Seminggu berada di kampung,,banyk perubahan yang brlaku..dari segi infrastrktur jlan dan bngunan di sekitar bandar kota bharu,,perubahan yag mana telh dilakukan secara berperingkat ini semkin mnonjolkan identiti "Kota Bharu Bandaraya Islam".....
ALHAMDULILLAH menandakan pentadbiran tok guru yang selari dengan kemajuan di dunia dan tidak lupa pada bekalan di akhirat kelak.....
Ini kerana jika dilalui di mana² lorong dan jalanraya,,kita akan dengari bacaan² aya suci alQuran,tazkirah dan alunan zikir yang mana scara langsung mahupun tidak akan meyedarkn jiwa dan diri kita dari sifat lalai dan pentingkan urusan duniawi semata-mata....

'Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah pertunjuk'.
(an-Nahl ayat 125 )